March 04, 2016

Nasi Harimau Menangis - Alor Setar

Dengar nama pun dah teruja kan.. :)
Kedai ni pun masa pergi haritu baru je 1 bulan bukak..so quite new la..
Kenapa harimau menangis? Org cakap ni la bahagian daging lembu yang harimau nak makan sangat, tapi tak dapat..sebab tak sampai kot..dok kat celah2..pastu dah tak dapat menangis pulak..heheheh.. Ntah lah..part mana daging lembu tu, tak tau pulak..sapa tau cer komen kat bawah ek..




Interior kedai menarik, sebab dulu kedai ni cafe western food, so deco cantik dah la..diorang ni ambil alih je..
Kitorang first customer malam tu..huhuhuu...iyelah kebetulan datang time maghrib, mana nak ada orang..












Dah lama tak kelaur makan dengan mak..:)








Hah, ni la dia rupa nasi daging harimau menangis.. kalau orang utara, style macam ni nama dia nasi daging..cuma yang ni daging dia part harimau menangis tu..:)





Bahagian daging ni, berlemak skit, to me, I suka, tapi to those yang tak makan lemak ni maybe tak minat kot.. daging tu just bakar je..
So komponen yang penting ialah cicah asam dia..kalau sedap, sedap la jadi overall dish ni..
Luckily, kuah asam memang sedap..just nice rasa dia, tapi kalau I prefer pedas skit lagi sebab hantu cili..tapi kira dah OK la ni..









Sup walaupun kosong, berasa, takda la rasa air dgn MSG je..




So kalau korang ada kat Alor Setar, nak try something new..boleh la cuba..
Oh..nasi ni ada time malam je..siang (lunch) ada ikan bakar..

Nasi daging one set is RM7.50
Air sejuk - RM1.00/RM1.50
Air panas(kopi/teh)- RM0.50

Amacam boley dapat tak harga camni kat KL..:(



Location:
Jalan Bawal,
Taman Bawal,
Alor Setar, Kedah(jalan ke Mergong, lepas Shahab Perdana)
GPS: 6.142235, 100.348628

5 comments:

  1. Hehehe. harimau menangis pulak ayu. hari tu 7 benua. daging kalau ada lemak2 sikit sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni ada kucing tidur pulak kot..hehehe

      Delete
  2. Kucing tdo term buah durian yg bijik kecik isi banyak n mengkrekot mcm kucing tido

    ReplyDelete
  3. Dah tutup la.... tinggal banner harimau menangis aje

    ReplyDelete
  4. Dah tutup la.... tinggal banner harimau menangis aje

    ReplyDelete