February 25, 2016

Nasi 7 Benua

Orang-orang Malaysia ni memang kreatif. Macam2 gimik untuk menarik perhatian orang.
Mula2 tau kedai ni kat instagram member. Tengok sekali lalu ingatkan kat kedai Cina..iyalah nama pun Koo Boo Kafe..heheheh

On fine day, tengah stuck dlm jem kat area ni, ternampak pulak kedai ni..macam pernah dengar...terus masuk tepi usha jap..laa..kedai orang Melayu rupanya..walaupun perut still kenyang..ku gagahi jugak untuk try..

Nak carik kedai ni senang je..dekat area PISA Penang..kalau tak tau google or waze..senang citer..

Dari gambar kat bawah ni, dah tau la kenapa nama dia Nasi 7 Benua..ada 7 jenis nasi dalam satu pinggan tu..Setiap satu tu dalam portion yang kecik je..so combine 7 tu jadi la portion dalam satu mangkuk besar..mcm nasi ayam tu..
Lepas tu pilihlah lauk apa yang nak, ayam, ikan, daging..macam2 lah..macam pilih lauk untuk nasi lemak..
Jenis2 nasi tu tgk kat gambar, ada description dia..rasa memang lain2 semua..
Kalau jenis yang tak boleh nak makan berjenis2 nasi, nak pilih satu je pun boleh, jadi besar la portion tu..:)


7 jenis nasi















Pilihan lauk-pauk















Penyediaan 7 benua nasi.. :)





Nasi 7 Benua dengan lauk rendang ayam & daging hitam




Yang I ambik ni, harga RM10 kalau tak salah..sebab ada 2 lauk, ohh and ada acar jugak, tapi i x ambil.. so kiranya price is reasonable la....macam harga nasi lemak berlauk camtu..
Rasa pun sedap gak, not bad..each nasi tu ada rasanya yang tersendiri..lauk pauk pun sedap jugak..
Kalau dah jemu makan Nasi Kandaq kat Penang boleh la try ni for a change.


Location:
Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Opens: Daily 11am-11pm (closed on Sunday)
GPS: 5.326381, 100.277676

2 comments:

  1. macam2 kaler nasi ada. boleh try kalau g penang ni

    ReplyDelete