April 12, 2016

Kota Kinabalu Seafood

Kalau datang KK tak makan seafood memang tak sah..siapa yg elergic tu , kesian..I pity u.. :)
Makanan laut yang fresh lagi murah..combination terbaik.... 
Kitorang pun xde la pegi mana2 specific restaurant kat sini..just yang pasar malam kat town jerk..sebab siang tu dah penat pergi island hopping eg. Pulau Manukan etc..so mlm dah tak larat nak gi jauh2..
Kat pasar malam ni ada banyak gerai..hentam jela..tak tau mana yang sedap...





Tak tau apa benda ni..rupa pelik macam ulat pun ada geli hehhe 



Ikan yang colorful..nak try pun x berani..hehehe




Target untuk dinner malam ni nak makan lobster, ronda punya ronda ada 2 gerai je yang jual..pilih gerai yang ni sebab penjual dia ramah sikit..hehehe..
Style kat sini ada seafood/ikan yang dah siap bakar..
Pastu ada jugak yang belum bakar lagi - lobster, udang harimau, sotong..
Kitorang pilih semua yang belum bakar lagi sebab nak yang fresh..:)
Lepas dah pilih..nego harga sikit..pastu decide nak bakar camtu, plain or with chillies. To me, both sedap sebab seafood ni fresh, tapi decide nak yg dengan cili sebab nak pedas2 skit.. :)










Lobster pilihan hati :)















Ulam - seaweed & ikan, tak ingat dia panggil apa..ala2 macam kerabu..


Memang terbaik and berbaloi..total cost for dinner, tak sampai RM100.. Marvellous...hmm kalau la kat KL dapat camni..heaven..itu pun ada kawan yang cakap ada tempat yang lagi best & murah.. hmmm maybe next time kalau ada rezeki kita kembali..:)


April 06, 2016

Lokan Bakar - Kampung Salut

Tempat yang wajib pergi kalau ke Kota Kinabalu.. Area ni nama dia Kampung Salut..luar skit dari town KK. Mcm kitorang ni sewa kereta sebab nak ke Kundasang, so both time pergi & balik singgah..hehhee
Sepanjang jalan area ni, memang gerai orang jual lokan..nak ke gerai yang mana satu..ntahlah..kitorang hentam je..tengok keadaan gerai yang ok skit..masuk..

Alhamdulillah, kedai yang kitorang pegi ni..lokan dia sedap..rasanya semua pun lebih kurang je kot..
Satu lagi trademark kat sini puding kelapa,,hmmm sedapnya..makan time tengah hari panas rembang..sejuk je anak tekak...











Lokan panggang- kecil RM7, besar RM12
Sedapppp.....diorang bakar pastu macam ada blend bawang merah, bawang putih & kelapa kot (yg color hijau tu) and diorg letak satu persatu atas lokan tu. Lepas tu diorg bakar. 
Pastu sambal cili  &  limau nipis tu dok dalam bekas lain atas setiap meja. Alaa.. Macam makan oyster tu perah limau kat atas. Ni bezanya letak cili kasi pedas. Bagi i lagi sedap dari oyster sbb i tak suka oyster mentah bau hanyir tu kekekke..  Marah org2 yang suka oyster tu.  ikut citarasa la..nak pedas buh banyak & perah limau tu sebelum makan. Sambal ni memang marvelous...terbaik.. kitorang siap tapau lagi. Pelik je muka makcik juai tu bila kitaorg mintak nak tapau.  I cakap la sedap sangat sambal ni boleh makan dengan nasi. Pastu dia gelak je...  Makcik tu kasi free je kat i, rasanya tak penah ada org lain mintak tapau kot hehhehe baik betul makcik tu semoga murah rezeki makcik sekeluarga. 



Lokan Bakar










Lokan dah habis..:(





Hubby still tak kenyang, order nasi gorang kampung..sedap gak..berasa..





Puding kelapa..memang terbaik...sejuk and x manis..secukup rasa better than kelapa jelly yg biasa mkn kat sini...:)








Location:
Kampung Salut,
Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu
GPS: 6.101858, 116.172067


March 14, 2016

Magnum Cafe

Craze Magnum Cafe ni dah x segila masa baru2 bukak dulu..masa tu, queue memanjang..hari2 orang ramai..skang ni agaknya most people dah try kot..

I ni je yang first time..:)

Datang sini sebab nak jumpa my sedara, Shiela ni...sekampung, kalau ikut pangkat dia mak sedara, tapi umur dia muda i setahun ja..
Dia ada meeting kat Mid Valley ni..so ambil kesempatan la jumpa and catch up..kalau tak jumpa time raya ja..:(










My order, Magnum Tiramisu





Yang ni, Magnum Soup...




Surprisingly, ice cream magnum ni tak la rasa manis sangat...mungkin sebab makan campur dengan benda2 lain skali kot.. tapi rasa rich and creamy ice cream tu still ada..so yummy...





Location:
Magnum Cafe
Mid Valley Megamall

March 11, 2016

Nasi Daging Merah Loq Staq


Nampak ada orang post entry kat FB TTDI group..tgk cam menarik..laju je cari geng nak lunch..heeheh
Mala available haritu, ok set..terus pick up dia kat ofis (kat TTDI je) 

Lepas post kat Insta..rupanya baru tau..Nasi Daging ni memang legend kat Alor Setar..awat cheq tak tau..hehee..sorry la, kami orang Pokok Sena bukan orang bandaq..huhuhuu
Member2 habaq depa dok beli kat gerai Jalan Sultanah, tepi Sekolah Syed Omaq...
Budak2 sekolah Syed Omaq mesti tau punya..teringat zaman sekolah dulu2 kan..hehehe.
tapi la ni dah xdak.. :(

Yang kat Sg Penchala ni pulak...tauke dia Zuan Bikin Panas tu (wartawan Melodi)..so memang dia bikin panas la ni..sekali makan tak cukup..hari2 mesti mau datang..

Memang mengancam combination dia..... 
Rasa daging merah tu memang sedap dah, tapi killer dia is the air asam...Terbaaiiiikkkkk.... kalau orang2 utara tau la kot camna rasa ayaq asam ni..
mesti kena try..
Tengok gambar pun dah kecuq ayaq liuq..sllrrpppp

Menu sangat lah simple, yang penting sedap.. 
Nasi putih, kuah dalca, daging merah atau ayam goreng, ayaq asam, salad - RM6.50.. memang berbaloi...
Ayaq free...lagi la baguih..heheh tonggang la banyak mana ayaq tu..tetap free..:)

Word of advice, datang awal...kalau tak kecewa lauk habis..huhuuu..




Nasi & Ayam Goreng




Nasi & Daging Merah








Location:
Nasi Daging Merah Loq Staq (opposite Masjid Kg Sg Penchala/Sambal Hijau)
Jalan Datuk Sulaiman,
Kg Sg Penchala
Opens Daily : 10.30am - 3.30pm
GPS: 3.162481, 101.626274

March 07, 2016

Red Lobster

Totally forgot about this one..dah memerap lama giler..hehehe

Weekdays lunch session with Sis and sorang kawan/officemate dia Izira.. :)
Red Lobster ada few branches dah , so this one we went yang kat Quill City Mall.
Judging from friends and online reviews, my expectation dah tak berapa tinggi dah..hehhe.. tapi nak try jugak..seeing is believing or eating is believing in this case.. :)











Order punya la belambak, masing2 kelaparan...nampak je banyak tapi habis jugak..hehehe ialah its only seafood, takda main/heavy dish pun..kira mcm makan lauk jela..




Complimentary cheddar bay biscuits


New England Clam Chowder



Mussels Marinara



Island Seafood Feast - Maine lobster tail, snow crab legs, jumbo coconut shrimp, shrimp grilled with pineapple salsa


Colourful & cheerful drinks..
My verdict: Overall biasa-biasa je..and disappointingly lobster agak masin and lembik (macam x fresh)
others is so-so only.. Hmm being a big chain dari America memang x surprise langsung la..biasanya big chains ni food dia biasa-biasa je.. :)

My advice, kalau nak makan lobster yang betul2 sedap kena pergi right thru the source..eg kat Sabah ke or the Lobsterman. Pasal kat sini lobster dia fresh dan masak simple je..baked or grill...Seafood kalau fresh, grill kosong camtu je pun dah sodap.. :)


Location:
Red Lobster Seafood
Various Location in Klang Valley

March 04, 2016

Nasi Harimau Menangis - Alor Setar

Dengar nama pun dah teruja kan.. :)
Kedai ni pun masa pergi haritu baru je 1 bulan bukak..so quite new la..
Kenapa harimau menangis? Org cakap ni la bahagian daging lembu yang harimau nak makan sangat, tapi tak dapat..sebab tak sampai kot..dok kat celah2..pastu dah tak dapat menangis pulak..heheheh.. Ntah lah..part mana daging lembu tu, tak tau pulak..sapa tau cer komen kat bawah ek..




Interior kedai menarik, sebab dulu kedai ni cafe western food, so deco cantik dah la..diorang ni ambil alih je..
Kitorang first customer malam tu..huhuhuu...iyelah kebetulan datang time maghrib, mana nak ada orang..












Dah lama tak kelaur makan dengan mak..:)








Hah, ni la dia rupa nasi daging harimau menangis.. kalau orang utara, style macam ni nama dia nasi daging..cuma yang ni daging dia part harimau menangis tu..:)





Bahagian daging ni, berlemak skit, to me, I suka, tapi to those yang tak makan lemak ni maybe tak minat kot.. daging tu just bakar je..
So komponen yang penting ialah cicah asam dia..kalau sedap, sedap la jadi overall dish ni..
Luckily, kuah asam memang sedap..just nice rasa dia, tapi kalau I prefer pedas skit lagi sebab hantu cili..tapi kira dah OK la ni..









Sup walaupun kosong, berasa, takda la rasa air dgn MSG je..




So kalau korang ada kat Alor Setar, nak try something new..boleh la cuba..
Oh..nasi ni ada time malam je..siang (lunch) ada ikan bakar..

Nasi daging one set is RM7.50
Air sejuk - RM1.00/RM1.50
Air panas(kopi/teh)- RM0.50

Amacam boley dapat tak harga camni kat KL..:(



Location:
Jalan Bawal,
Taman Bawal,
Alor Setar, Kedah(jalan ke Mergong, lepas Shahab Perdana)
GPS: 6.142235, 100.348628

February 25, 2016

Nasi 7 Benua

Orang-orang Malaysia ni memang kreatif. Macam2 gimik untuk menarik perhatian orang.
Mula2 tau kedai ni kat instagram member. Tengok sekali lalu ingatkan kat kedai Cina..iyalah nama pun Koo Boo Kafe..heheheh

On fine day, tengah stuck dlm jem kat area ni, ternampak pulak kedai ni..macam pernah dengar...terus masuk tepi usha jap..laa..kedai orang Melayu rupanya..walaupun perut still kenyang..ku gagahi jugak untuk try..

Nak carik kedai ni senang je..dekat area PISA Penang..kalau tak tau google or waze..senang citer..

Dari gambar kat bawah ni, dah tau la kenapa nama dia Nasi 7 Benua..ada 7 jenis nasi dalam satu pinggan tu..Setiap satu tu dalam portion yang kecik je..so combine 7 tu jadi la portion dalam satu mangkuk besar..mcm nasi ayam tu..
Lepas tu pilihlah lauk apa yang nak, ayam, ikan, daging..macam2 lah..macam pilih lauk untuk nasi lemak..
Jenis2 nasi tu tgk kat gambar, ada description dia..rasa memang lain2 semua..
Kalau jenis yang tak boleh nak makan berjenis2 nasi, nak pilih satu je pun boleh, jadi besar la portion tu..:)


7 jenis nasi















Pilihan lauk-pauk















Penyediaan 7 benua nasi.. :)





Nasi 7 Benua dengan lauk rendang ayam & daging hitam




Yang I ambik ni, harga RM10 kalau tak salah..sebab ada 2 lauk, ohh and ada acar jugak, tapi i x ambil.. so kiranya price is reasonable la....macam harga nasi lemak berlauk camtu..
Rasa pun sedap gak, not bad..each nasi tu ada rasanya yang tersendiri..lauk pauk pun sedap jugak..
Kalau dah jemu makan Nasi Kandaq kat Penang boleh la try ni for a change.


Location:
Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Opens: Daily 11am-11pm (closed on Sunday)
GPS: 5.326381, 100.277676