December 21, 2015

Foodsbury

Sebelum hari Jumaat tiba, awal-awal lagi Amy (Mamatisya) mesej ajak lunch sama-sama..hehehe
Iyela, Jumaat kan lunch hour org perempuan ni lama la sikit..so sempat la nak lepak2 and borak2 panjang..
Kebetulan Julia pun text ajak lunch, so I pun bawak la dia sekali..memang satu jalan pun..

Kat Shah Alam ni dah banyak betul food cafe rambang jugak dah pilih..tak tau mana yang sedap atau tak..
Tapi yang confirm, Fooodsbury ni dah lama bukak..dah few years gak kot..so kalau dah lama bertahan tu mesti la food dia ok kan..

   
Deco yang cantik dan simple, rasa macam kat rumah pulak..
Sampai je restaurant, ya Allah, ramai nya orang, semua perempuan pulak tu..hahah..dah datang time Jumaat..orang lelakinya pergi sbyang Jumaat ler..
 

Beratur panjang, sebab konsep sini order & bayar, pastu baru tunggu food sampai




Tertarik dengan graffiti gajah ni..


End up, dapat la seat dekat dengan tangga ni..ok la..tapi view tak menarik sangat..nak buat mcm mana, takde choice sbb orang ramai..
Our orders, Amy - Lamb Carbonara, Me- spicy olio, Julia-beef burger..
Drinks - 

  


Amy and Julia



"Here's the Beef Burger" - RM18.90


Lamb Carbonara - RM14.20 (agak masin sedikit, maybe sebab masak kalut2 kot)


Spicy Beef Aglio Olio - RM11.50



My drink - Berries Go Nowhere..order sebab nampak unik & cute.. :P

Alhamdulillah, overall food sedap and berasa. pricewise pun ok..

My complaints - service is too slow, iyela paham kedai memang tengah ramai orang, tapi kalau dah order meja orang sebelah yang datang kemudian sampai dulu..angin la jugak kan.. Order Amy la yang lambat..kitorang dah habis makan, baru dapat yang dia punya..adus kesian..itu pun dah berapa kali tanya waiter dah..
Apa yang I notice, kalau kebetulan you guys order sama dengan order meja lain, dia akan masak sekali..hmm to me tak patutla mcm tu..Masak ikut turn la..
Kalau tgk insta diorg mmg ramai pun complain pasal slow service ni..
Hmm guys..please improve your kitchen work speed.. :)



Location:
Foodsbury
Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Seksyen 9, Shah Alam
Tel: 03-55245539
Opens: Daily - 12pm-11pm
GPS: 3.082391, 101.527600

December 14, 2015

Che Mat Delights - Ayam Kampung

Yes..yes..yes.. Finally jumpa balik dah kedai ni..Owner dia Che Mat dah lama betul I tak jumpa carik kedai dia..buka kejap je..pastu menghilang..aduhai..
First2 dulu kat Mutiara Damansara, pastu kat food court mutiara damansara, pastu Damansara Perdana -Ayam Kampung Publika..now at last dah kembali..kat tempat baru at Ritze Perdana, Damansara Perdana..
You guys kalau nak mencari kedai ni..byk bersabar sikit..sign board tak dak..first time tu melilau jugak la mencarik nya..Korang tengok gambar kat bawah ni..kedai dia second from hujung tu (sebelah office yang ada graffiti tu).. takde signboard nama kedai langsung..
Ok cukup untuk beletiaq kat Che Mat ni..so food apa yang best kat sini??







Ayam kampung, gulai2 lemak Kelantan- udang or sotong, gulai kawah, ulam2, sambal belacan yang super power awesome... :). Budu pun ada..

Simple je menu dia..tapi yang simple ni la yang kadang2 tu datang 3 hari berturut-turut..sampai berat badan i ngan hubby naik 3kg! Che mat oh.. Che mat! Dah kena manderem ngan che mat ni dah rasanya hehehe  melawak ja ustaz noh.. Makanan kat sini takde MSG so sihat utk dimakan setiap hari. Ayam kampung pulak kan semua orang tau. 
Simply delicious..tengok gambar ni kecuq pulak ayaq liuq..aduhai...

Drinks pulak - either teh ais or teh o ais...
Price- all in RM8, air tu free flow tau...amacam..tertarik tak..dah la murah, sedap giler pulak tu
Ulam2 tu ambik la banyak mana nak..same price..camni la niaga..tak kedekut..banyak mana sangat la orang nak ambik. Sesetengah kedai tu ulam ciput seikat dah 50sen..berkira giler...I doakan murah rezeki Che Mat ni aka Ustaz. 



Tudia..ulam-ulamn..best...

Teh Ais kat sini pun sedap, one of my fav..Serbuk teh Siam punya ni.. :)






Kebetulan time ni ada nasi kerabu, sedap jugak..cuma takda nasi color biru..huhuu









Nasi Kerabu - menu tak menentu hahaah...kalau kena timing dapat la rasa.
















Recommended- korang harus cuba try test green tea ni..Sedap!!! (free flow jugak)










Menu eksperimen - Boat Noodle

Gulai kawah kambing cicah roti..




Pulut Ikan Masin with Ayam Kampung..:)


Ok yang bawah ni menu buffet dinner..either BBQ Seafood or Seafood Steamboat.. tapi kena book dulu..so apa-apa hal call and confirm menu apa for dinner..
All in RM39 seafood buffet..

BBQ Seafood

Seafood steamboat





Very well recommend this place...menu simple tapi sedap..datang hari2 pun tak jemu.. (gambar-gambar ni pun taken after countless visits, sebab tu dapat menu lain2 :))
Also kalau korang whatsapp Che Mat ni, sila2 masuk dalam group list dia, dapatla update menu dia from time to time..silap2 hari-hari..hahaha



Location:
Che Mat Delights
Ground Floor, Ritze Perdana Condominium
Damansara Perdana
Opens daily for lunch (dinner for steamboat), closed on Fridays
GPS: 3.166219, 101.605151
Tel: 011-1125 0961



December 09, 2015

320 Below Ice Cream

Macam-macam konsep skang ni..all in the name of attracting customers....the more the merrier..

Pernah tgk outlet ni keluar Majalah 3..memang teruja trus nak try lepas tgk tu.. Before this dah nampak dah kat OU, kedai ni dok berasap2 je dari jauh..tapi tak terdetik pulak nak check out kedai apa tu..hehehe


320 Below, originated from Singapore.. First outlet in Malaysia kat OU ni..bukak tahun ni je..so its still new..
Apa beza dengan ice cream lain ek..

Mula2 make your selection.. the crowd fav.. coconut flavour.. 

Lepas tu dia tuang liquid flavour tu dalam mixer..mixer yang orang buat kek pakai tu..huuhu

Goyang, punya goyang..pastu ada satu paip near the mixer tu dia bukak..keluar la liquid nitrogen!!!! I repeat..LIQUID NITROGEN....OMG....terkezut jugak mula tgk tu..selama ni kalau tgk tv show ke, benda2 yang masuk dalam liquid nitrogen semua keras membeku dan boleh pecah mcm kaca..

Terpikir jugak, kang kalau aku makan tak ke beku organ dalaman,..hehhe

Tapi masa tgk Majalah 3 tu, owner dia ada explain..dia tak harmful pun kalau kita makan, pasal kita bukan minum direct liquid tu..tujuan liquid tu is just to bekukan liquid flavour tu untuk jadikan ice cream..and this technique has been around for more than 100 years..
And why the name 320 Below.. pasal temperature liquid nitrogen tu -320 Fahrenheit (-195.8 Celsius)...mana tak semua benda beku!!!










Ni la paip2 tempat keluar Liquid Nitrogen tu..paip pun beku dah..




Siap dah ice cream tu.. :)







Tgk video ni, the making of our ice cream... :)






This is what we ordered, Coconut (premium) & Salted Caramel (classic)..
Price , ada 2 jenis, premium (RM12.50), classic (RM11.50).
Cakes, brownies and waffles pun ada to go with the ice cream..


Rasa dia camne???

Wow....memang lain kalau compare dengan ice cream lain... dari segi flavour..memang awesome..tak terlalu manis and tak over powering sangat. Macam coconut ice cream tu, memang terasa flavour kelapa dia..sedap...
The biggest difference is the ice cream texture... memang sangat2 halus..gebu camtu..heheeh ada ka rasa gebu..susah gak nak describe..kena rasa sendiri.. maybe sebab liquid tu membeku dengan cepat, so texture dia jadi sangat2 halus..takde rasa tajam macam kita makan ice cream lain..
My experience, sejuk dia giler2..sampai menusuk ke lidah..maybe kena makan slow and easy kot..hahaha..nampak sangat gelojoh..
Coconut flavour tu yang paling win..definitely a next time...





















Paper cup pun bole jadi deco..kreatif betol...




Pre packed Ice Cream pun ada for take away




Tong2 liquid nitrogen..


Location:
320 Below
Lot F101A, First Floor (next to Isetan)
One Utama Shopping Mall

December 04, 2015

Astana Damansara Nasi Kukus

Tak plan pun nak pergi kedai ni.. got a lunch date dengan Julia since dia ada kerja area sini. Plan asal nak lunch kat Ilham Nasi Kukus. 

Pastu pagi tu dpt whatsapp from hubby. Dia bagi gambar banner kedai ni..hmmm macam menarik..kat area2 sini jugak, kat Bukit Lanjan.. tgk2 Instagram diorang nampak menarik jugak. Best part ada petai to go with the nasi kukus...OMG... terus msj Julia and she's ok with it..Huhuuu..Dia pun hantu petai jugak!!!

Location wise kat area Kampung Bukit Lanjan..lama dah tak masuk sini since heavy construction area ni..buat yang tak tau, betul2 opposite Empire Damansara yang tengah buat tu..hmmm kalau siap abis la jem lagi area ni (it's like the next Pavillion, semua branded stores ada sini)

Kedai agak tersorok, kena belok masuk lorong, tapi good thing dah nak sampai ada banner kedai and arrow for the parking area..So memang tak terlepas la.. Parking luas, area padang sebelah kedai ni..

Orang pun tak ramai, maybe sebab baru and time tgh sbyang Jumaat kot..
Terus tanya yang set petai tu..Hmmm, kecewa..petai habis pulak..:(
Ok akak tu ganti dengan sayur lain-kacang panjang n hati. Ok la..
Tunggu agak lama gak, sebab ayam tu baru nak goreng..ok la..dapat panas2.. terbaik..









Julia & Me

Dari segi rupa, memang menarik. Nampak menyelerakan. Ayam masak elok. Panas2 memang sodap. Kuah dia pun sedap gak, tak cair and tak pekat sangat.. just nice. Sambal je disappointed skit. Rasa ok dah, tapi tak pedas...hehehe...untuk orang yang kuat makan pedas mcm I ni memang tak puas la..








Overall not bad, boleh tahan sedap jugak..harga pun not bad RM6 for the normal one, kalau tambah petai its RM7. Kalau ayam kampung RM8. Kari kambing pun ada, RM8.
One thing cuma service la agak slow skit, iyelah orang tak ramai lagi so ayam tu bila order baru goreng barulah syok..makan panas2..Kalau korang lapar tu, kena bersabor banyak2..heheeh
Tapi xde la rasa sampai nak marah sebab lambat. Iyela..kang kalau ayam tu dah goreng siap2, dapat ayam sejuk marah pulah kan..:)

P.s: Dah pergi lagi sekali kedai ni and sambal dia lagi sedap kali ni. oh yeah..rasa pedas2 manis..to me, its so much better than before.. good job..









Location:
Astana Damansara Nasi Kukus
Jalan Bukit Lanjan 6,
Kampung Bukit Lanjan, Selangor
Opens: Mon-Sat , 11am-5pm
GPS: 3.167292, 101.617548