October 29, 2015

Selera Rimba - Eksotika Food..

Selera Rimba...dari nama pun dah boleh agak..makanan dari rimba or hutan la...
Amacam, sekali-sekala kita makan makanan eksotik pulak. Ni bukan lah first time Ayu makan, kecik0kecik dulu pernah la, makan landak, rusa. Duduk kampung, macam-macam la dah try.

Sekarang ni susah la sikit, nak jumpa kedai yang offer makanan eksotik macam ni.
Lokasi kat Sungai Besar, so dalam 2 jam perjalanan jugak dari KL. (drive slow-slow and banyak menyinggah) :)






Dah lama tak buat kerja mcm ni dgn hubby..kalau dulu time bercinta, selalu la..weekend je merayau luar KL cari tempat-tempat menarik and good food. Skrang ni..hmmm..ni pun kena paksa..

Sebelum gerak, call dulu kedai. tanya bukak ke tak, manalah tau kan..kot-kot diorang tutup ke..penat je drive jauh-jauh.
Perjalanan ikut Jalan Kuala Selangor memang menarik, banyak gerai-gerai jualan.. Our first stop Cendol Durian Borhan.
Pastu gerai jual jagung and mangga. Then gerai-gerai jual mentarang.. semua ni wajib singgah dan beli..heheeh.. Tapi kitorang beli time balik..Menatarang tu kang busuk pulak lama-lama dalam kereta.

Masuk je simpang Sungai Panjang (ada signboard tulis ke Tanjung Malim) tu akan lalu kawasan padi dulu, time ni padi belum tanam lagi.so nampak tanah2 je la..Dlm 10 min pastu, mula la masuk kawasan sawit pastu hutan..Hmmm ni betul2 selera rimba.. Ondaway tu siap ada sekumpulan monyet dok main atas jalanraya lagi..


I see monkeys..
Dah nak sampai restoran tu, baru la nampak signboard nya..Yeayy...
Time ni lebih kurang kul 1.30pm. Nasib baik tak ramai orang sangat. Biasanya tempat ni jadi favourite spot for bikers and car clubs.. Diorang konvoi ramai2 dtg sini..kalau selisih dengan diorang..memang sesak la kedai ni.. Kalau tengok hall of fame dia, siap ada orang mai naik Helicopter..perghh..kaw-kaw..sebelah kedai pun ada tanah lapang, senang nak parking heli..heheh
So kalau nak elak lauk habis ke apa, u guys can call and book lauk siap-siap..




Signboard dah nampak..dah sampai akhirnya


Restoran terletak di celah-celah rimba..








Hall of fame..kalau korang datang dgn car or bike club..maybe dapatla naik gambar atas board ni.. :)


So apa yang best sini.. eksotik food la.. ada landak, pelanduk, rusa- ada yang liar or yang bela, ayam kampung, ikan baung, ikan tapah..
Masakan dia simple..untuk daging ada 4 jenis - rendang, cili api, goreng berlada, kicap. Untuk ikan - kari, asam pedas, cili api & goreng berlada.

Few lauk memang dah ada kat kaunter, kalau yang eksotik tu kena order.


Food counter





Ulam-ulaman










Various lauk-pauk

So here'e what we came here for...



Rendang Landak





Udang galah masak sambal





Rusa liar masak cili api



Wajib kena ada ulam, sambal belacan..hmmm could be better


Yummm, yummm







Complimentary desserts




Walaupun free, bubur dia tetap sedap..

Wowww, my verdict.. Memang terbaik..makan sampai licin pinggan...
My ultimate fav, rendang landak...memang best.. kalau sapa yg tertanya-tanya camne rasa landak..
Hmmm rasa macam daging lembu jugak except tulang dia kecik2 skit.. takda bau ke apa..and masak rendang tu memang sedap yang amat...two thumbs up!!!

Rusa masak cili api - sedap jugak. Daging rusa agak liat sikit tapi tak teruk sangat.. maybe sebab rusa liar kot..and daging dia ada bau sikit..tapi tak teruk sangat, still bearable..


Udang galah sambal..hmmm what can i say..sedap jugak...

Senang citer tak sia-sia la travel 2 jam untuk ke sini..memang berbaloi...

The price, lauk landak and rusa tu RM60 each. Udang galah RM5 seekor..
Nampak macam mahal kan, tapi i think reasonable la.. Sepinggan lauk kitorang tu easily 4 orang boleh makan..So actually semua lauk kitorang order tu bole makan 4 orang dengan puas.
Ni kitorang berdua..memang teramat puasla..Ratah lauk je..hehehe
Plus landak and rusa memang mahal skit..benda rare kan..Dengar2 daging landak mentah dalam RM40-50 sekilo.. So to me kira berbaloi la...

Dah habis makan, abang tu bagi pula lagi buah tembikai and bubur cha-cha..mula2 tu cakap eh kitorang tak order pun..pastu dia cakap ni free untuk sapa2 yang order landak/rusa/pelanduk..
Walaupun free, bubur tu sedap okay..lagi sedap dari beli kat pasar malam..Macam ni la kita nak..servis tip top, food pun tip top..

My advice, kalau nak mai sini, datang at least 4 org..baru syok..hehhe..tapi kita berdua pun ok je..kena spend lebih skit.





Sebelum balik, memandangkan perjalanan masih jauh, buang la apa yang patut dulu..hehehe..tandas pun terjaga bersih..
You guys ada ada kelapangan atau mencari2 makanan eksotik boleh la try restoran ni..
My sis terus berdesup pi satu family next weeknya bila tgk instagram I..:)

Below ni apa yg dia order, according to her, Rusa masak kicap tu paling win..lagi sedap dari rendang.  Masa kicap dia unik and lain dari lain..ada halia and rempah ratus..
Next time kena try la camni.. :P


Pelanduk Kari


Rusa Masak Kicap

 


Location:
Selera Rimba,
Kg Belia 2, Jalan Sungai Panjang,
Sungai Besar, Selangor
11am-5pm (closed on Fridays)
Tel: 016-3160344
GPS: 3.708732, 101.174357

October 23, 2015

Cendol Durian Borhan - Jalan Kuala Selangor

Biasanya kalau dengar nak pi Kuala Selangor mesti orang teringat Cendol Bakar kan..
Sapa-sapa yag pernah try makan kat situ, my advice..go and checkout Cendol Durian Borhan pulak.
Location dia further up skit dari Cendol Bakar..dah nak sampai Tanjung Karang baru jumpa kedai ni.

Kalau dari KL, it will be on your right, memang betul-betul tepi jalan Kuala Selangor ni.

Tempat pun selesa, tak crowded sangat. Banyak jugak food lain, nampak laksa macam menarik je...tapi so far tak berpeluang nak try, simpan perut pasal nak makan kat tempat lain..huhuh..



Big and clear signboard..can't miss it








Ada gerai-gerai makanan lain..Time jerebu, gambar pun kelabu asap..hew hew.


On our way to Linda's wedding
Nama kedai pun Cendol Durian..harusla order Cendol Durian kan..plus tambah lagi jagung.. :)
Fuhhhh memang mengancam.. terbaik rasa durian dia..jagung pun banyak, lemak santan pun just right...and best of all..tak terlalu manis..


Yummyyy Cendol Durian + Jagung...




Habis Licin...:)




Location:

Cendol Durian Borhan
Jalan Kuala Selangor,
Kuala Selangor
GPS:  3.372476, 101.240200

October 13, 2015

Tips Bergaya - Sandal Wanita (Sandals for Ladies)

Rasanya orang Malaysia memang sinonim dengan sandals ni mana taknye..if you think about it..our very first sandal--selipar Jepun...hahaha...mana la datangya nama tu kan..maybe masa Jepun menjajah Malaya kot..

Zaman sekarang ni sandals menjadi teman sejati wanita untuk pemakaian yang santai dan selesa. Like me, kaki I ni ada foot bump, so kalau pakai kasut bertutup tu memang lah seksa yang amat. Rasa nak berjalan pun malas.

Sandal wanita adalah kasut yang paling versatile dan paling senang nak match dengan outfit kita. The ultimate goal, keselesaan maksima!!!

Kalau rasa buntu macam mana nak match sandals tu, here's a few tips;


Sandals dengan maxi dress



Bagi korang yang nak have that feminine look dengan gaun atau skirt labuh, jangan risau kerana sandal juga sesuai dipadankan dengan pemakaian dress. Baik dress maxi atau dress pendek, kedua-duanya korang boleh gayakan dengan sepasang sandal yang bersesuaian.

Jeans + T shirt + Sandal = Keselesaan Maksima

Kalau korang lebih gemar memakai jeans dan t-shirt sebagai pakaian harian, padanan pakaian kasual ini juga amatlah bersesuaian dengan pemakaian sandal yang ringkas. Rasa bebas berjalan seharian tanpa sebarang kesakitan pada kedua kaki. 

Sandals with blouse
Gladiator sandal

Matchkan dengan pemakaian blouse pun cantik. Gayakan blouse kegemaran korang dengan padanan sandals yang ringkas untuk penampilan yang sweet and nice! Kalau nak trendy sikit, boleh pakai dengan gladiator sandal..memang stylo..

Simple and nice...yang paling penting, selesa


Shorts and tops? Well, it suits well with sandals too! Gaya ringkas seperti ini merupakan gaya yang paling ideal untuk korang yang ingin bersantai bersama rakan-rakan di hujung minggu. My kinda style for beach holidays.

So macam mana? Ada idea tak sandal mana yang sesuai dengan korang? Check out sandal wanita link above for attractive and affordable sandals. Bolehlah pakai weekend ni.. :)

October 12, 2015

Sakae Sushi

Sakae Sushi, rasanya ramai dah pernah makan kedai ni. Peminat-peminat sushi mesti syok punya makan sini..Selain sushi yang freshly made, ordering pakai iPad tu pun agak lain dari lain jugak la.. :)

But me, although its a Sushi eatery, tapi yang I look forward kat sini is not the sushi.. Hahaha..pelik tak..
Pinggan-pinggan sushi dok berjalan kat conveyor sebelah meja tapi tak teruja sangat..
Here's a little bit of my recommendation from the menu..yg sushi tu up to you la ek..tgk mana yg menarik ambik je..price ikut color pinggan..






Honey Ebi Sakura - sweet & crunchy prawn




Chuka Hotate -spicy sesame scallop


Lobster Salad


Grilled Salmon Head


Had the set comed with rice & miso soup




Tak cukup minum situ, get a box to enjoy it at home, dlm dua puluh lebih sekotak


Basically this is my menu wajib when at Sakae Sushi.. yang paling win is the Salmon Head..something yang kita jarang2 makan, biasa salmon kita makan isi badan je kan, ini kepala salmon grilled with teriyaki sauce, so its kinda sweet and salty..sedap...especially tang mata..heheheh
Another favorite is the japanese green tea. Green tea ni special skit, dia infused with roasted brown rice, so ada bau2 wangi brown rice and ada lain sikit from other green tea.

So when you guys are at Sakae Sushi, do give this a try kay..

October 07, 2015

Ayam Penyet Ria - Khas Ibu Ruth

Ayam penyet ni dah agak sinonim dengan orang Malaysia it's everywhere.. and frankly I dah try yang a few tapi so far takda satu pun yang boleh challenge Ayam Penyet Ria ni.. kedai ni memang dah banyak kali dok pegi tapi selalu lupa nak snap gambar..sebab lapar and teruja sangat nak makan..hehehe
Ohh and to add a little more ummph, ask for some kicap manis ABC.. goes really well dengan sambal yang pedas meletop tu..







My fav - Lele Penyet


Pecel



Always ask for extra sambal...hehehe



Extra kriuk-kriuk..crunchy


Location:
Ayam Penyet Ria Khas Ibu Ruth
No.6, Jln PJS 8/2,
Sunway Mentari,
Bandar Sunway
GPS: 3.074585, 101.610750

October 02, 2015

King Crab at Manhattan Fish Market

Woowwww...lama dah teringin nak try King Crab ni.. So this promo set memang mangancam jiwa ni..hehehe
Not sure how long will the promo lasts, so better hurry before its too late.



We were here early for lunch, dalam kul 11.30 camtu, so mmg takda orang lagi la kan..best part..King Crab still banyak and the waiter tu pun ambik yang paling besau nau-nau... :)


Biggest crab of 'em all..

Blue Lagoon & Iced Lemon T

Complete Meal - crab, fish, calamari, vege & rice


All hail King Crabber.. :)





Location :
Available at all Manhattan Fish Market outlets nationwide
Ours is at Pavillion Mall