November 11, 2015

Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara

Dua kali sampai warung ni, first time tu masa memang ada kat Klang, alang2 ingat nak try la.
Sampai je tempat ni, hujan lebat pastu tengok orang ramai gilerr..hmmm memang kirim salam jela.. 

Pastu the next week tu, plan nak try jugak..So here goes..
Baca from other reviews, tempat ni servis dia slow sikit, so plannye kena la datang awal. By 11.30am dah terpacak sampai..Huhuuu..Just nice, orang pun x ramai..

Datang sini 100% pakai waze.. so kalau nak bagi direction tu search kat waze jela ek..






Still early, tapi tengok tu, dok tapau banyak dah..




Menu sini tak banyak, simple and clear cut. Ada kambing bakar, ayam penyet, puyuh penyet, talapia penyet, sup kambing, & bakso.

Since nama kedai, kambing bakar & ayam penyet, so itu la yang kitorang order.. :P plus sup kambing.

All in all, kambing bakar ni takde la superb sangat.. Tastewise I give it 5/10.. And kambing tu sebenarnya tak la banyak melampau. Nampak banyak sebab kambing tu potong nipis giler..so dapat la volume kan..
Cara masak pun bukanlah bakar as in grill or BBQ, tengok kat dapur tu, dia masak dalam kuali je.. :(
And worst kitorang punya tu rasa macam hangit2 skit..daging tu hangus skit.

Price, agak murah la RM9 satu set.


Kambing Bakar

Next, ayam penyet.. hmm biasa-biasa je..highlight dia just the sambal..pedas2 and manis..Bila mintak extra sambal..hampeh..permintaan tak dilayan.. :(
Ayam Penyet
Sup kambing, yang ni sedap, daging kambing pun banyak, sup dia berasa..not bad..
Sup Kambing

Kalau nak datang lagi kedai ni, semata-mata nak drive all the way to Meru, maybe not. Tapi kalau kebetulan ada kawasan ni..mungkin boleh consider la :)

Apa yang membuat kan tempat ni ramai orang is the price and kambing bakar tu agak rare..susah nak carik kedai yang jual menu kambing bakar ni..



Location:
Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara
Jalan Kasim,
Meru, Klang
Opens daily: 11am-Midnight
Tel: 012-9434664
GPS: 3.122746, 101.435198

6 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. hi ayu.since u re food lover i would like to recommend you to try 3 places at nilai that i think may suits your taste bud. it is nasi padang maimbau batang kapeh salak tinggi lama, watie corner ala kampung nilai lama and ikan patin tempoyak salak tinggi. harga memang sangat murah. nasi padang n ikan patin salak tggi tu boleh datang on ahad tapi ard 1130 and watie corner on saturday pun ard 1130 sbb mmg selalu penuh.

    ReplyDelete
  3. saya mkn sedap. kena tekak, kambing byk for that price, ayam mmg sedap, 9/10

    ReplyDelete
  4. ayam penyet dengan sambal tu mencuri mata hati saya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete