April 16, 2013

JayBee...

Pergi JB ni nak attend a friend's wedding, so alang2 kat sana pi la 2 mlm so that dapat try out kedai2 makan kat sana..
Restoran Singgah Selalu
First on the Agenda, sotong bakar kat Rest Singgah Selalu. Yana  la yg suggest tmpt ni, pasal dia penah makan sebelum ni. I penah la pegi sebelum ni kedai Singgah Selalu, tapi tak penah order sotong bakar pun..makanan lain dia not bad la, tapi price dia up sikit. tempat cantik kan..


Sotong bakar idaman kalbu

Cicah cili dia yang paling mengancam pedas

Lepas makan light2, next destination, Sup Tulang ZZ. Apa yang special kedai ni? Tulang gearbox..either sup atau pun mee rebus. (FYI diorang pakai gearbox kambing kay).



Posing dulu depan kedai
Delicious Sup Tulang



Mee Rebus Tulang..siap ada straw nak sedut sum2
Laksa Johor pun ada, biasa2 je rasa dia


Kalau tgk betul2 ada 2 set gambar kat kedai ni, sebabnye kitorang pegi sampai 2 kali, dinner & lunch..nikmat sgguh makan gearbox..murah lak tu RM6 semangkuk, ada 3 ketul gearbox..


Breakfast spot pulak kat, Kacang Pool Haji. Lokasi dekat dgn Balai Bomba Larkin..tmpt ni food court tapi kalau samapi sini, mmg kedai haji ni jela yg ramai org, kesian lak kat kedai lain..sape suh tak buat makanan yg best.. :) . Oh ye..kedai ni bukak dari pagi sampai la malam, so tak semestinya breakfast jer kalau nak makan kacang pool ek.

Best Kacang Pool in town
Ni la dia Kacang Pool, ada telur on top,cili tu kalau tukar dgn cili padi lagi kick
Cicah dgn roti, tebal giler kot roti tu..


My next breakfast spot to recommend whilst in JB, Warung Saga for their Lontong Kering..

Gambar2 lama menghiasi dinding warung

Lontong Kering & Rendang Daging

Lontong Kuah pun ada
Mee Rebus Johor
AyuDenira's Verdict:
Restoran Singgah Selalu
  •  sotong bakar tu biasa je,tapi yg best cicah dia, terus jadi malatop!!!
  • harga kedai ni mahal sikit, sebab tmpt cantik & 24 jam kot.
Restoran ZZ Sup Tulang
  • wajib pegi kalau smpi JB, gearbox banyak, puas hati makan, harga pun murah
  • tempat dia macam dalam hutan skit, so kalau malam bykla nyamuknye.
  • gearbox dia kambing kay, so kalau x makan kambing tak yah order.
Kacang Pool Haji
  • best Kacang Pool in town, nuff said...
Warung Saga
  • paling best lontong kering dia, kena datang awal skit before 10, kalau tak habis!!
  • suasana kedai old skool, byk barang antik n gambar2 lama.

Location:
Restoran Singgah Selalu
Jalan Kolam Air, Johor Bahru,
GPS: 1.483825,103.720677

Restoran Sup Tulang ZZ
Jalan Petri, Johor Bahru
GPS: 1.468236,103.746674

Kacang Pool Haji,
Medan Selera Bomba Larkin,
Jalan Tun Abdul Razak, JB
GPS: 1.485624,103.749462

Warung Saga
Jalan Mahmoodiah, JB
GPS: 1.465662,103.753144



Mizu, Japanese Fine Dining

Kalau someday, somehow tetiba perut lapar nak carik Japanese food,
I would suggest uol try out Mizu at Bangsar Village. Price is a tad bit more than your local sushi chain restaurant, but this place is worth every ringgit. Lagipun ni special occasion..My Birthday!!!

Sebelum masuk, posing dulu



Me myself is not a sushi lover, but there one type of sushi yang marvellous dan sedap yang amat..its out of this world..Salmon Cheese Maki....perrhhhh nama pun dah lain macam dah..memang terbaeekk...harus cuba..order ni je pun cukup lah..haha...


Salmon Cheese Maki.. satu pinggan ada 6 je...mcm x cukup jerr..


Yummy, yummy..


Perfect!!


Tapi alang-alang tu, let me suggest few more..


Edamame
Kalau pi mana2 Jap Rest., Edamame ni sure ada punya & its a must. Kalau tak salah, this is kacang soya, sekali ngap, terkeluar la kacang tu dari kantung dia..rasa masin2 skit..as a starter sesuai sangat...


                                                 Teriyaki beef is superb!

Grilled Unagi (Belut) best!




Sushi lain tak order pun coz dah kekenyangan...Salmon cheese maki tu order 2 pinggan ko...hehee..
Desserts tak order pun sebab adjourn to kedai lain for coffee.. :)


AyuDenira's Verdict:
  • Sushi sumer fresh and delicious
  • Harga up skit, tapi berbaloi sebab quality food and place
  • Nice place to celebrate your special occasion 


Location:
Mizu Restaurant,
F6, First Floor, Bangsar Village 1,
Jalan Telawi Satu,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur 

Dip N Dip - Chocolate Heaven

Calling all chocolate lovers, best place to soothe out that sweet tooth..Dip N Dip at Jln Telawi Bangsar..
Origin kedai ni from Middle East, Syria kalau tak salah, owner dia pun pak arab jugak..
Kalau datang hujung minggu sure pack, melangut le kejap tunggu meja kosong..tapi penantian yg sangat berbaloi..


Menu full of Chocs




Manjersss - Yana & Kathy

Order belum lagi, posing lebey..

Chocolate Stick - basically waffle on a stick dip in choc

Triple Choc Crepe

Cookies Crepe


Brownies






Hot Choc





AyuDenira's Verdict:
  • Chocolate is very smooth & rich, best part tak manis sangat
  • Price agak mahal skit..but cafe chocolate lain pun lebih kurang jugak, pasal they use the best- Belgian Chocolate
  • The best - chocolate stick sebab dia crunchy
  • Crepe -kureng skit sebab crepe dia jenis lembik, ala2 lempeng so tak syok sgt mkn, kalau jenis garing n rapuh tu lagi best

Location:
Dip N Dip,
Jalan Telawi 3, 
Bangsar, Kuala Lumpur








Breakfast kat Bandar Maharani


Muar aka Bandar Maharani..tempat yang special kalau nak breakfast..why?
The only place where you can get Satay for breakfast...
Ni trip kitorang to JB, so ondaway tu masuk Muar semata-mata nak breakfast Satay.

Malangnya kedai yang biasa pegi tu tutup la pulak..RNH Cafe -Satay Maharani. So take note kedai ni tutup hari Jumaat.

Alternatif lain pi la kedai sebelahnya..nama kedai pun lupa dah.. nak pegi kedai ni senang je..betul2 opposite bus stand Muar.. sebelah restoran ada klinik.


Tunggu satay sampai


Satay daging & ayam, perut habis laa..




Licin koo..


Perut kenyang, hati senang

All in all, not bad jugak la satay kedai ni, tapi kedai RNH tu lagi famous & dah lama bertapak kat Muar ni..lepas makan next plan ngopi pulak..hehehe



Rempah segera Adami

Ondaway ke kedai kopi (jalan kaki jer), singgah jap kat kedai rempah ni. Brand Adami..memang sedap..my mother in law memang lama dah dok beli rempah dia..dia rencah segera, ada Mee Bandung, Soto, Beriyani, etc..korang harus la cuba iye..my fav. rencah Mee Bandung Muar..kat KL pun ada gak jual brand ni..

Ok, dah beli rempah terus ngopi kat Kedai Kopi 434, sebelum layan kopi ada trivia skit..
Kenapa kopi dia nama 434?
.....

Sebab kedai asal ni no telefon dia 434, percaya tak..3 digit je no fon dia..hahaha, ni zaman 60an da..

Cantik dah decor kedai ni, expand jadi 2 lot kedai..

Teko antik
Ramai jugak org kedai ni

Muar specialty - Kopi 434, Yana tak makan satay pagi2, so order lah roti bakar jugak


Skang dah bole bertolak pi JB


Location:
Satay Maharani,
130-2 Kedai MARA, Jalan Maharani,
Muar
GPS:  2.050551,102.570494

Kopi Sai Kee 434 Kopitiam
No 121, Jalan Maharani,
84000 Muar, Johor. 


Dua2 kedai ni sederet je..