Showing posts with label satay. Show all posts
Showing posts with label satay. Show all posts

September 27, 2013

Satay Tulang Senawang

Semenjak dengar kewujudan satay tulang ni, dah lama teringin nak try, tapi belum berkesempatan..Ada sekali tu singgah masa ondaway balik dari Melaka..belum bukak la pulak..orang jual satay datang lambat hari tu..frust!!!

Finally decide nak pergi jugak, pergi Senawang semata-mata nak try satay ni.. :)
Satay ni sebenarnya nama dia Satay Tulang Jelebu.. maybe owner dari Jelebu kot..tapi dia meniaga kat Restoran Bundo Kanduang..so kalau search GPS kena try la dua2 nama ni.. kalau takde jugak try Giant Senawang..kira dah dekat la tu..depan sikit je lagi..
Camtu la kitorang kena..search GPS ada few Satay..nasib baik penah pergi first time dulu, so ingat2 la sikit..and landmark dia Giant Senawang tu....for you guys takpe, kat bawah nanti I bagi GPS coordinate senang citer..sure sampai..

Masa sampai tu kedai tak ramai orang lagi... tapi yang tapau ada dah..so decide nak order 20 cucuk..datang jauh punya pasal..biasa kalau makan satay me & hubby dalam 10-15 cucuk je..

Sekali akak tu hantar satay dalam dua pinggan..mak aii banyaknye..rupanya secucuk satay tu besar yang amat..kira 2 kali ganda saiz satay ayam/daging..Naik malu kitaorg..hehehe

Mula-mula bayangkan satay tulang ni tulang dia tulang rawan ayam (yang putih lembut tu)..syok jugak ..rupanya memang tulang betul..tapi ada la isi sikit-sikit..

Rasa dia memang best!!! Marinate satay memang sedap..kuah pun sedap..cuma yerla..makan tulang jenuh sikit la..sampai pakai tangan la.. I think satay ayam or daging dia pun sure sedap jugak..


Orang ramai menjamu selera satay


Restoran Bundo Kanduang



Satay2 yang tengah dibako


Price wise still reasonable




Satay Tulang







Kuah satay pun boleh tahan sedap..not bad
p.s: Kalau ikut highway PLUS KL-Seremban kan jam memanjang nak2 public holiday, bole la try guna highway LEKAS..ada exit Senawang..memang lekas..walaupun jauh sikit pasal kena divert ke Grand Saga (Kajang) dulu..tapi hati tak panas sebab jam. :)


Location:
Satay Tulang Jelebu
Restoran Bundo Kanduang
Taman Komersil Senawang,
Negeri Sembilan
Opens: 6pm onwards daily
GPS: 2.705198,101.987934

September 18, 2013

Satay Sri Melaka & Bakso

Satay Hj Samuri is so overrated, so siapa yg tgh mencari alternatif lain, bolehlah try kat Satay Sri Melaka.
Location kat food court AU5 Lembah Keramat.
Stall yang hujung sekali, senang citer yg paling ramai orang la..:)
Price still reasonable at 80sen secucuk..kuah pun sedap and satay well marinated and cooked to perfection.
Aside from that, my fav here is the bakso..kat KL ni memang payah sikit nak carik bakso orang Melayu so bila dah tau memang jadi hot spot la..
bihun sup & soto pun ada jugak..




Bakso bebola daging dia banyak! tak kedekut..  :)




Our Satays





Location:
Medan Selera AU5 Lembah Keramat
Taman Lembah Keramat
Opens: Daily (5pm till late)
GPS: 3.201039,101.756283

May 29, 2013

Satay Madura

Selama ni bila sebut satay je, what comes to mind mesti satay kajang, to most people Satay Samuri..
But me, I dah ban Satay Samuri, my vote goes to Satay Station..well thats a different story altogether kay..

Recently, I got to know a new kind of satay.. Satay Madura at Kg Kayu Ara..
Dari nama pun dah tau satay ni originate from Indonesia...tapi ni tak mcm satay from indon yg I penah rasa which is satay marinate dgn kicap tu..this one is totally different. 

Want to know why..ada cili padi & limau nipis dalamnye..walaweiiii..my fav la kan kalau makanan pedas2 ni..


Satay with kuah kacang, cili padi, bawang, perahan limau, kicap manis...all mix together...best in the world..

Teruja tak..hehehe.. FYI kedai ni pun dah penah masuk JJCM & Best in the World (8tv)..
Kedai dia biasa-biasa jerr...kat Kayu Ara kan..so mostly indonesian la kat sini, biasanya tapau je la satay ni..
Ada 3 type of satay, satay ayam (RM0.60), satay daging (RM0.70) & satay kambing (RM0.90 kot).
Satay kambing ni used to be my fav, tapi bila beli asyik liat je..so malas dah nak order..beli ayam & daging jela..


Ni la kedai dia..macam warung pun ado..
Kedai betul2 sebelah surau Kg Kayu Ara..


Kalau tapau, sumer sekali masuk dalam satu pek..kalau nak kuah asing pun bole..
Satay Daging
Satay Ayam


Location:
Satay Madura (next to Surau Kg Kayu Ara),
Jalan Masjid, Kg Kayu Ara.
Landmark: take the junction before Tropicana Boulevard..if you miss it, take the one yg kat BHP & Shell tu.
Opening Hours : 6pm onwards
GPS: 3.132107,101.61413

April 16, 2013

Breakfast kat Bandar Maharani


Muar aka Bandar Maharani..tempat yang special kalau nak breakfast..why?
The only place where you can get Satay for breakfast...
Ni trip kitorang to JB, so ondaway tu masuk Muar semata-mata nak breakfast Satay.

Malangnya kedai yang biasa pegi tu tutup la pulak..RNH Cafe -Satay Maharani. So take note kedai ni tutup hari Jumaat.

Alternatif lain pi la kedai sebelahnya..nama kedai pun lupa dah.. nak pegi kedai ni senang je..betul2 opposite bus stand Muar.. sebelah restoran ada klinik.


Tunggu satay sampai


Satay daging & ayam, perut habis laa..




Licin koo..


Perut kenyang, hati senang

All in all, not bad jugak la satay kedai ni, tapi kedai RNH tu lagi famous & dah lama bertapak kat Muar ni..lepas makan next plan ngopi pulak..hehehe



Rempah segera Adami

Ondaway ke kedai kopi (jalan kaki jer), singgah jap kat kedai rempah ni. Brand Adami..memang sedap..my mother in law memang lama dah dok beli rempah dia..dia rencah segera, ada Mee Bandung, Soto, Beriyani, etc..korang harus la cuba iye..my fav. rencah Mee Bandung Muar..kat KL pun ada gak jual brand ni..

Ok, dah beli rempah terus ngopi kat Kedai Kopi 434, sebelum layan kopi ada trivia skit..
Kenapa kopi dia nama 434?
.....

Sebab kedai asal ni no telefon dia 434, percaya tak..3 digit je no fon dia..hahaha, ni zaman 60an da..

Cantik dah decor kedai ni, expand jadi 2 lot kedai..

Teko antik
Ramai jugak org kedai ni

Muar specialty - Kopi 434, Yana tak makan satay pagi2, so order lah roti bakar jugak


Skang dah bole bertolak pi JB


Location:
Satay Maharani,
130-2 Kedai MARA, Jalan Maharani,
Muar
GPS:  2.050551,102.570494

Kopi Sai Kee 434 Kopitiam
No 121, Jalan Maharani,
84000 Muar, Johor. 


Dua2 kedai ni sederet je..