Showing posts with label Keramat. Show all posts
Showing posts with label Keramat. Show all posts

October 03, 2013

Langgaq Pak Tam

Dengar nama pun sure dah tau kedai ni jual makanan apa kan..Langgaq..confirm la orang utara punya food..kedai pun hijau kuning..

Owner kedai Pak Tam, lama dah kenai..pi kedai ni sejak meniaga gerai kat  Jln Enggang.
Dlm 3-4 tahun lepas dia pindah kat kedai ni..landmark dia Petronas AU2..opposite Mahkamah Syariah Daerah Gombak..

Apa specialty kedai ni..menu2 orang utara la..semua best.. Laksa Utara (not Penang ok), Moy Sup (Bubur Sup Daging), Bihun Sup, Char Kuey Teow, pelbagai jenis sup & paling special takde kat tmpt lain in KL is Nasi Lemak Utara (orang utara panggil nasi daging or nasi ganja)

Nasi color kuning & kuah daging (mcm masak kicap berempah), ciput je..satu pek kecil je..dlm RM1.50 kot..so kalau mai sini order la satu nasi & satu lagi laksa or bihun sup..baru berbaloi..:)


Dari jauh dah nampak kedai Hijau Kuning ni


Duduk area luar hati2 sikit, takut peragut memerhati


Laksa Utara..


Moy Sup Daging (ada cili tp lupa nak ambik gambo)


Nasi Lemak Utara (ask for extra daging & kuah)

Location: 
Restoran Langgaq (Pak Tam)
Jalan AU 2A/17,
Taman Keramat, KL
Opens:
GPS: 3.172536,101.750816

September 18, 2013

Satay Sri Melaka & Bakso

Satay Hj Samuri is so overrated, so siapa yg tgh mencari alternatif lain, bolehlah try kat Satay Sri Melaka.
Location kat food court AU5 Lembah Keramat.
Stall yang hujung sekali, senang citer yg paling ramai orang la..:)
Price still reasonable at 80sen secucuk..kuah pun sedap and satay well marinated and cooked to perfection.
Aside from that, my fav here is the bakso..kat KL ni memang payah sikit nak carik bakso orang Melayu so bila dah tau memang jadi hot spot la..
bihun sup & soto pun ada jugak..




Bakso bebola daging dia banyak! tak kedekut..  :)




Our Satays





Location:
Medan Selera AU5 Lembah Keramat
Taman Lembah Keramat
Opens: Daily (5pm till late)
GPS: 3.201039,101.756283