Showing posts with label Damansara Perdana. Show all posts
Showing posts with label Damansara Perdana. Show all posts

September 21, 2016

Skohns Canteen

Affordable Halal Western Food.. Kalau tengah mencari2 western food, this is the place to be. Location kat The Place Damansara Perdana, kalau datang for dinner parking senang, kalau lunch agak susah skit..And to be honest, building The Place ni agak scary sikit..banyak kedai by Africans..
Tapi bila tanya owner Skohns ni, so far tak dak la kejadian yang tak diingini berlaku, diorang buat hal diorang je.. :)
 
The restaurant is owned by Malay so food mmg confirm Halal.
My recommendations - Lamb Shank, Beef Short Ribs and Grilled Steak... the pictures below is from my second visit, and sadly malam tu Ribs dah habis :(.. Masa first time datang dulu dah rasa dah, memang sedap..comparable to Tony Romas but cheaper..
The deep fried steak tu to me biasa je - tak berapa kena dgn my taste buds..rasa macam makan Chicken Chop pulak tapi daging :).. so better Grilled Steak kot..
 
Nachos (average je, sebab nachos dia pakai snack Chachos tu, bukan buat sendiri)


Lamb Shank - sedap and tak memuakkan)


Grilled Chicken Chop



Mixed Grill


Salmon & Pasta


Deep Fried Chicken Chop
Deep Fried Steak

Special dinner with family sebab my Sister from Kedah datang hantar anak dia register new semester kat UM..

Sistas..


Nephew & Nieces


Nephew & Niece


My brother in law & adik bongsu


Location:
Skohns Canteen
The Place, Damansara Perdana
Jalan PJU 8/5G,
Petaling Jaya
Opens Daily 11am - 10.30 pm
GPS: 3.165806, 101.606353

December 14, 2015

Che Mat Delights - Ayam Kampung

Yes..yes..yes.. Finally jumpa balik dah kedai ni..Owner dia Che Mat dah lama betul I tak jumpa carik kedai dia..buka kejap je..pastu menghilang..aduhai..
First2 dulu kat Mutiara Damansara, pastu kat food court mutiara damansara, pastu Damansara Perdana -Ayam Kampung Publika..now at last dah kembali..kat tempat baru at Ritze Perdana, Damansara Perdana..
You guys kalau nak mencari kedai ni..byk bersabar sikit..sign board tak dak..first time tu melilau jugak la mencarik nya..Korang tengok gambar kat bawah ni..kedai dia second from hujung tu (sebelah office yang ada graffiti tu).. takde signboard nama kedai langsung..
Ok cukup untuk beletiaq kat Che Mat ni..so food apa yang best kat sini??







Ayam kampung, gulai2 lemak Kelantan- udang or sotong, gulai kawah, ulam2, sambal belacan yang super power awesome... :). Budu pun ada..

Simple je menu dia..tapi yang simple ni la yang kadang2 tu datang 3 hari berturut-turut..sampai berat badan i ngan hubby naik 3kg! Che mat oh.. Che mat! Dah kena manderem ngan che mat ni dah rasanya hehehe  melawak ja ustaz noh.. Makanan kat sini takde MSG so sihat utk dimakan setiap hari. Ayam kampung pulak kan semua orang tau. 
Simply delicious..tengok gambar ni kecuq pulak ayaq liuq..aduhai...

Drinks pulak - either teh ais or teh o ais...
Price- all in RM8, air tu free flow tau...amacam..tertarik tak..dah la murah, sedap giler pulak tu
Ulam2 tu ambik la banyak mana nak..same price..camni la niaga..tak kedekut..banyak mana sangat la orang nak ambik. Sesetengah kedai tu ulam ciput seikat dah 50sen..berkira giler...I doakan murah rezeki Che Mat ni aka Ustaz. 



Tudia..ulam-ulamn..best...

Teh Ais kat sini pun sedap, one of my fav..Serbuk teh Siam punya ni.. :)






Kebetulan time ni ada nasi kerabu, sedap jugak..cuma takda nasi color biru..huhuu









Nasi Kerabu - menu tak menentu hahaah...kalau kena timing dapat la rasa.
















Recommended- korang harus cuba try test green tea ni..Sedap!!! (free flow jugak)










Menu eksperimen - Boat Noodle

Gulai kawah kambing cicah roti..




Pulut Ikan Masin with Ayam Kampung..:)


Ok yang bawah ni menu buffet dinner..either BBQ Seafood or Seafood Steamboat.. tapi kena book dulu..so apa-apa hal call and confirm menu apa for dinner..
All in RM39 seafood buffet..

BBQ Seafood

Seafood steamboat





Very well recommend this place...menu simple tapi sedap..datang hari2 pun tak jemu.. (gambar-gambar ni pun taken after countless visits, sebab tu dapat menu lain2 :))
Also kalau korang whatsapp Che Mat ni, sila2 masuk dalam group list dia, dapatla update menu dia from time to time..silap2 hari-hari..hahaha



Location:
Che Mat Delights
Ground Floor, Ritze Perdana Condominium
Damansara Perdana
Opens daily for lunch (dinner for steamboat), closed on Fridays
GPS: 3.166219, 101.605151
Tel: 011-1125 0961



June 20, 2014

Boat Noodle - 1 is just not enough :)

Latest craze in town.. noodle served in small bowl..portion ciput je..so kena la order banyak..that's why each table bertimbun-timbun mangkuk atas meja.
This place kat Empire Damansara in Damansara Perdana. Right next to Bangunan MK (PJ Trade Center)- LHDN.

First warning, be prepared to wait in line..especially kalau datang time weekend.. 
my brother kena dah..datang hari Ahad..kena menunggu lama..kedai kecik je..luckily the waiting system is ok..datang je terus bagi nama & how many people kat waiter.. dia akan bagi no..check la sekali currently no berapa..so bole la bajet berapa lama lagi..

Since tempat ni dekat dgn my house, decided datang weekdays je..lepas kerja..hmm ingatkan takde orang, sekali penuh jugak.. tapi queue tak la panjang sangat.. dalam 2 nombor je ke tunggu..ada la 10-15 mins.



Menu sini simple je... ada beef or chicken..pastu pilih nak dry or soup.. tu je...  1 bowl RM1.90..heheh nampak murah kan..tapi psycho je..end up sorang makan more than 5 bowls..
Tapi memang sedap..noodle dia jenis glass noodle (siam style)..yang dry tu macam ada kicap sikit..pastu ada fishball, limau & sayur (tak pedas). The soup type - sama je just add soup la kan..tapi sup dia sedap, rasa masam & pedas..ala2 cam mee celup camtu..
Nak extra pedas letak la lagi chilli kay..


The menu - clean & simple


How many bowls can you go???


Full house


Minum dalam kole..hehehe


For extra ummphh - chilli flakes, fish sauce etc..


Dry Beef Noodle


Soup Beef Noodle


Satu mangkuk boleh la dua kali suap..:)





Dessert - ada 1 jenis je : Ka Nam Tuay (Thai Pandan Dessert) RM1 per set of 2 small bowl..:)

Wahh yang ni pun kena try..sedap..rasa ala2 macam kuih talam..layer atas rasa lemak2/masin santan, layer bawah manis & rasa pandan..



Nampak cam besar..sebenarnya kecik je.. :)







Hehehhe






Tu dia..meja sebelah punya..hehehe

Dengar citer rekod kat sini 52 bowls seorang makan..Pergghh..giler banyak...
Location:
Boat Noodle Restaurant
No G3A, Empire Damansara,
Damansara Perdana, Selangor
Closed on Mondays
GPS: 3.168368, 101.616112

October 20, 2013

Restoran CheMat Ayam Kampung

Those yang teringin nak makan lauk ayam kampung, budu, ulam2 WAJIB pergi kedai ni..boleh camtu.. 
Dah lama mencari kedai ni.. sebenarnya owner dia dulu meniaga kat Mutiara Damansara (area surau tu), Nasi Sumatera. Tapi dalam awal tahun ni tau2 tutup..hmmmm frust nyer..dah la takde notis pindah ke hapa...

So dalam bulan lepas, my friend Yath bagitau ada satu kedai ayam kampung kat Damansara Perdana best, apalagi weekend tu terus check it out..

Masuk2 kedai je tengok lauk..hmmm macam kenal je penampilan lauk2 ni...usha lebih skit..rupanya owner yang sama dulu tu la.. Yeahhh..yabedabedu....


Now dah tahu background citer kedai ni, we go into the foods.

Menu dia simple je..basically its Kelantanese food, some of the highlights ayam kampung gorang, sup tulang, ulam2, budu, ayam percik, ayam gulai & ikan keli. Tu je..simple kan..air pulak air sirap jer..or mineral water/plain water.
There you go..menu yang simple ni la yg mengancam..
Best part is, owner sini tak berkira cendikil unlike others, nasi+ayam goreng seketul+ulam =RM8. Air sirap free flow.. Ulam tu ambik la sebanyak mana yg muat dalam pinggan..best kan..so sesapa yang hantu ulam memang amat berbaloi la..
Sup tulang pulak RM5, ambik sendiri jugak, nak kasik penuh itu daging satu mangkuk pun xde hal...
Memang la I doakan owner ni tambah2 murah rezeki..apa la nak berkira sangat kan...:)


Kalau datang on weekdays lunch hour, crowded with office crowd, parking pun susah.. so best if you come on weekends..orang tak ramai sangat so you can enjoy the food plus kedai ni location terbaik, berangin je...sempoi...




Opposite 99Speedmart


Varieties of ulam


Budus galore


Basic simple dish


Ayam kampung goreng panas!!!


Singgang pun ada kadang2






Gulai masak apa x tau, but got to take the kuah..simply delish


Air sirap free flow


Dsara Perdana best kept secret :)




Tak cukup seketul, layan lagi satu





p/s: the trick is to campur 2-3 jenis kuah sekali. Then you will get an out of this world experience..hehehe tapi jangan banjir sangat..oh and the kuah percik manis skit (being Kelantanese)..kalau tak campur pun ok kot.



Location:
Restoran Che Mat Ayam Kampung
22, Jalan PJU 8/3,
Damansara Perdana,
Selangor
Open : Daily -lunch time
GPS: 3.164946,101.607675 (Opposite 99 Speedmart)